CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, January 13, 2012

:: PUDING KARAMEL @ PUDING GULA HANGUS::


Salam jumaat yang mulia...
Actually saya ni dah kehabisan idea,nak tulis apa kat n3 ni, pun dah takde buah fikiran.Ni update kan blog atas permintaan seorang lagi adik kita Nurulaqmar Jamal,yang nak sangat resepi ni,nak berjinak jnak dalam dunia masakan agaknya,al maklumlah org tak lama lagi nak mendirikan masjid kan?Apa2 pun selamat mencuba ye,cik Nurul kite ni,hehehehe....sila rujuk dekat bawah untuk resepi nya k.... =)

BAHAN2 NYA:
7 biji telur ayam
1 sudu besar esen vanila
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 tin susu pekat manis

BAHAN KARAMEL:
4 sudu besar gula

Cara2nya:
1. Sediakan acuan bulat dan letakkan atas dapur,pasang api dan masukkan 4 sudu gula dlm acuan tadi.Jadikkan gula tersebut keperangan.Bila dah nampak keperangan tutup api dan angkat acuan rata2 gula tadi supaya menutupi dasar acuan.biar seketika sampai sejuk.
2. Pukul telur hingga rata,masukkan esen vanila,susu manis,susu cair,dan air,pukul lagi sehingga sebati semua bahan.sementara itu sediakan periuk pengukus.
3. Kemudian masukkan adunan telur tadi dalam acuan gula tadi tuangkan kesemua dan masukkan dalam pengukus.kukus puding hingga masak dalam 45 minit.Setelah puding masak,angkat dari pengukus dan biar sejuk.Setelah benar2 sejuk,masukkan kedlm peti sejuk.Bila dah betul2 sejuk didlm peti sejuk,barulah dikeluarkan puding dari acuan,terbalikkan acuan dgn menggunakan pinggan besar.Hasil nya akan kelihatan karamel keperangan diatas...selamat mencuba... =)

0 comments:

Post a Comment