CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 19, 2012

:: UDANG MASAK KICAP MADU ::


Selamat petang....
Lunch tadi saya masak udang..masakan yang simple but nice.Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa,idea takde,hari ni hari yang membosankan buat saya,so...kita teruskan ke bahan2 utk resepi ni k.Bagi yang sudi nak cuba boleh cuba,takde org marah pun...huhuhuhu...

Bahan2nya:
Rm10 Udang (dibuang kepala nya dan dibersihkan)
2 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 biji bwg besar dipotong 4
2 biji bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
sebesar ibu jari halia dihiris
2 biji tomato dipotong 2 setiap satu
minyak utk menumis
sedikit lada hitam kasar
1 biji telur

Tumis semua bahan hiris hingga kekuningan,selepas itu pecahkan telur kedlm kuali,dan hancur2kan telur.masukkan pula udang dan gaul rata.kemudian masukkan sos tiram,madu,kicap,dan garam.gaul rata biar seketika,barulah masukkan bwg besar dan tomato,biar bwg masak seketika,dan hidang..selamat mencuba... =)

Saturday, March 17, 2012

:: SEKALI LAGI KARIPAP GAINT @ KARIPAP TELUR ::

Salam satu malaysia....
N3 malam ni saya nak share karipap telur yang saya pernah masukkan kat dlm blog saya suatu ketika dulu,hehehe....kalau nak tahu bahan2 utk resepi ni,boleh lah cari dekat label karipap ok...heemmm...ok lah,saya buat karipap ni utk makan malam semalam so malam ni baru nak share,lambat sehari,tapi takpe resepi ni pun resepi ulang tayang je... =)

Thursday, March 15, 2012

:: LOVE COOKIES BY ACHA BELLA ::


Cookies yg telah siap utk di makan...nyum2!!

Inilah puteri kecil saya,pembantu chef..yg tolong saya
hiaskan cookies ni & yg namakan cookies ni love cookies...
Bijak...bijak...,thanks acha bella...



Bahan2nya:
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanila
2 gelas tepung jagung
2 gelas tepung gandum
220gm butter
1 gelas gula
coklat chip utk hiasan

Pukul butter dgn gula hingga kembang dan putih.kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi.masukkan esen vanila,tepung hingga cukup utk di uli.bulat2kan dan tekan sedikit supaya sedikit leper,hias dgn coklat chip dan sbg nya...selamat mencuba.... =)

Friday, January 13, 2012

:: PUDING KARAMEL @ PUDING GULA HANGUS::


Salam jumaat yang mulia...
Actually saya ni dah kehabisan idea,nak tulis apa kat n3 ni, pun dah takde buah fikiran.Ni update kan blog atas permintaan seorang lagi adik kita Nurulaqmar Jamal,yang nak sangat resepi ni,nak berjinak jnak dalam dunia masakan agaknya,al maklumlah org tak lama lagi nak mendirikan masjid kan?Apa2 pun selamat mencuba ye,cik Nurul kite ni,hehehehe....sila rujuk dekat bawah untuk resepi nya k.... =)

BAHAN2 NYA:
7 biji telur ayam
1 sudu besar esen vanila
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 tin susu pekat manis

BAHAN KARAMEL:
4 sudu besar gula

Cara2nya:
1. Sediakan acuan bulat dan letakkan atas dapur,pasang api dan masukkan 4 sudu gula dlm acuan tadi.Jadikkan gula tersebut keperangan.Bila dah nampak keperangan tutup api dan angkat acuan rata2 gula tadi supaya menutupi dasar acuan.biar seketika sampai sejuk.
2. Pukul telur hingga rata,masukkan esen vanila,susu manis,susu cair,dan air,pukul lagi sehingga sebati semua bahan.sementara itu sediakan periuk pengukus.
3. Kemudian masukkan adunan telur tadi dalam acuan gula tadi tuangkan kesemua dan masukkan dalam pengukus.kukus puding hingga masak dalam 45 minit.Setelah puding masak,angkat dari pengukus dan biar sejuk.Setelah benar2 sejuk,masukkan kedlm peti sejuk.Bila dah betul2 sejuk didlm peti sejuk,barulah dikeluarkan puding dari acuan,terbalikkan acuan dgn menggunakan pinggan besar.Hasil nya akan kelihatan karamel keperangan diatas...selamat mencuba... =)

Tuesday, January 10, 2012

:: CHICKEN HONEY OREGANO ROASTED ::


Salam semua....
Lama dah tak berblog ni,senyap je kan??Ni pun atas permintaan adik2 kita yang nak resepi,especially Nida,hehehe...ni update blog khas utk dia coz dah menangis2 nak resepi,hehehe...sorry Nida,gurau je!!Malas nk pjg cerita,saya terus ke bahan2 untuk resepi ni ok...

Bahan2nya:
1/2 ekor ayam(bersihkan/kalau nak guna 1 ekor aym pun boleh)
1 biji bawang besar saiz besar
2 biji kentang bersihkan dan potong

Bahan marinated:
8 sudu besar BBQ sauce oriental(brand first choice/gaint)
2 sudu besar black pepper kasar
8 sudu besar madu
maggi secukup rasa(secukup rasa anda)
2-3 sudu besar oregano
4 sudu besar minyak masak

Bakar ayam dan bahan2 lain hingga masak dalam oven selama 1 jam setengah.selamat mencuba... =)